Pertama sekali : semua keluargaku pergi menunaikan umrah termasuk adik aku yang paling last...
sedih memang tak dapat nak cakap, sebab mula-mula taklah kisah sangat sebab ada kelas tapi last-last UiTM annouce cuti, jadi meraunglah sedih. Mungkin tak ada rezeki
Kedua : kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawaku ini. Alhamdulillallah selamat dan kemalangan ini berlaku minggu akhir dan seminggu lagi 'Final exam'. Memang sedih kalau tak dapat ambil exam tapi syukur dapat ambil. Syukurr.
Ketiga : bila kemalangan tubuh tak larat nak bergerak dengan banyak, jadi terpaksalah apply kolej untuk menyenangkan pergerakan dan exam jauh daripada orang kena kuarantin tapi yang BEST dapat masa lebih setengah jam daripada orang lain. Part yang tak best, jauh dengan kawan-kawan dan ini merupakan sem terakhir bagi kawan-kawanku jadi mungkin selepas ini mungkin susah untuk berjumpa.
Keempat : bila habis exam last semua kawan-kawan 'gather' together tapi aku terpaksa terus balik ke rumah di Kota Bharu maklumlah tahap kesihatan tak begitu sihat. Jadi semua aktiviti yang aku rancang bersama kawan-kawan sebelum ini terpaksa di batalkan... sedih..
well, sudah lama tidak men'updatekan blog....maklumlah semester baru bermula...
nasib.. nasib apalah nasibku, walaupun saya kadang-kadang ada merasakan nasib saya ni tidak baik tapi tidak baik bersangka begitu sebab mungkin ini semua ada hikmahnya.....
Dengan sokongan daripada keluarga terutamanya dan rakan-rakan... perasaaan 'Down' kembali menaik... so, be co0l saja dan semua yang kita mesti ada matlamat dan consideration dan "KESABARAN" amat penting dalam menempuhi apa jua dugaann.... sekian...
jom layan video nie....
Wednesday, February 29, 2012
Kesedaran oh tersedarkah?
tup..tap....tup..tap...dah nak buka sem baru....
memang biasalah bila nak start kelas mula la rasa kejap, padahal cuti lama gila sampai tiga bulan kira macam-macam la boleh buat...
Memang ter'best' sangat la cuti sampai 3 bulan...
Ok, sekarang ingin berkongsi tentang pertimbangan dan kesedaran dalam melakukan tugas...(betul ke tak tajuk aku nie?, lantak la hehe)
Baru-baru ini, saya ada berkerja sebagai cashier merangkap juru angkat barang merangkap penyapu merangkap susun barang-barang macam-macam lagi la tugas.... di sebuah pasaraya berdekatan rumah saya..tapi nak cakap pasaraya tak juga sebab kedai nie cawangan dan open 18 hours non-stop..nama kedai nie Rahsia..hahahahaha..xleh cakap nanti dosa...
Kiranya ada unsur berbaur #ketidaksenangan dengan pasaraya ini sebab pada awalnya dia ada menanyakan saya boleh ke tidak kerja hingga pukul 11.00 malam dan saya cakap ok jer...
saya yang lurus lagi galah setuju dengan jawatan ni...set !! balik KL terus kerja..
Bila start kerja ok lagi...tapi lama-lama makin pelik...Ingatkan kerja sampai pukul 11.00 malam dua orang tapi sorang-sorang dah la 'saya ini budak baru belajar', yang peliknya pasaraya ini tak mahu pekerja lelaki dia nak perempuan sahaja...
Masa saya kerja ramai kot customer tanya 'berani'nya dia kerja sorang-sorang malam-malam dan pelbagai komen lagi...Memang la tutup pukul 11.00 malam tapi bila kena kemas dan bagai, pulanglah ke rumahku syurgaku pukul 12.00 dan ke atas...
Awal-awal ada la juga shift kerja siang dan malam, tapi lama-lama asyik malam jer...tak paham...mentang-mentang la aku nie pekerja baru..(ish, dah jadi tempat luah perasan ni)
ok, full stop!!!!
kesimpulannya jangan menggunakan kesempatan ke atas orang lain jika nampak ada peluang
kita sebagai manusia haruslah memikirkan pertimbangan yang sewajarnya ke atas manusia lain..ntah, apa la yang aku merepek nie x paham jugak!!
Tapi ini real story mariii..,
Moral of the story: nak blajar rajin-rajin xmo kne tindas dan kerja jadi kuli orang ...
Sekian.
jom, layan lagu sebab saya suka hahahaha.., sorry one direction jambu sket tapi lagu nie syok! ^__^
young...young......klau boleh nak sentiasa muda la!!!