Friday, July 13, 2012

Bulan JUN?

Bulan JUN adalah bulan sangaaaaaatt 'Tough' 

Sepanjang bulan ini macam-macam peristiwa berlaku 

Pertama sekali : semua keluargaku pergi menunaikan umrah termasuk adik aku yang paling last...
sedih memang tak dapat nak cakap, sebab mula-mula taklah kisah sangat sebab ada kelas tapi last-last UiTM annouce cuti, jadi meraunglah sedih. Mungkin tak ada rezeki

Kedua : kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawaku ini. Alhamdulillallah selamat dan kemalangan ini berlaku minggu akhir dan seminggu lagi 'Final exam'. Memang sedih kalau tak dapat ambil exam tapi syukur dapat ambil. Syukurr.

Ketiga : bila kemalangan tubuh tak larat nak bergerak dengan banyak, jadi terpaksalah apply kolej untuk menyenangkan pergerakan dan exam jauh daripada orang kena kuarantin tapi yang BEST dapat masa lebih setengah jam daripada orang lain. Part yang tak best, jauh dengan kawan-kawan dan ini merupakan sem terakhir bagi kawan-kawanku jadi mungkin selepas ini mungkin susah untuk berjumpa.

Keempat : bila habis exam last semua kawan-kawan 'gather' together tapi aku terpaksa terus balik ke rumah di Kota Bharu maklumlah tahap kesihatan tak begitu sihat. Jadi semua aktiviti yang aku rancang bersama kawan-kawan sebelum ini terpaksa di batalkan... sedih..

JOm ... nyanyi sesama..
Sekian...sekadar luahan hati di blog...

2 comments: